6 November 2015


Pelakon wanita, Raja Ilya agak terperanjat apabila dirinya dikaitkan kononnya telah memulaukan atau meminggirkan seorang pelakon cantik yang dikatakan suka memencilkan diri.

Hakikatnya, Ilya tidak mengetahui bagaimana isu ini timbul namun kerana sikap pelakon wanita itu yang tidak bergaul mesra dirinya pula telah disalahertikan.

“Siapa pelakon itu, saya tak naklah beritahu kerana tak nak memperbesarkan perkara ini. Cuma saya pelakon baru, dia pun sama juga baru tapi saya tak pernah memulaukan sesiapa pun.

“Dia yang menjauhkan diri daripada saya termasuk rakan-rakan artis yang lain. Isunya pun saya pun tak tahu kenapa dia bersikap sedemikian rupa. Mungkin dia lebih selesa untuk menyendiri.

“Bagi saya, cantik itu adalah ‘universal’, kalau hanya pada wajah tapi dalam diri tak seindah yang disangkakan, ia akan mengundang masalah kepasa segelintir pihak,” kata Raja Ilya di rancangan Melodi baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia juga berpesan kepada semua pelakon baru termasuk dirinya, janganlah menipu peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya masing-masing.

Di kaca TV, seseorang pelakon itu nampak begitu sopan dan baik sekali tetapi hakikatnya ia adalah ‘fake’ dan hanya berpura-pura.

“Bagi sayalah, jadilah diri sendiri tetapi hati peminat perlulah jaga. Kadang-kadang peminat sanjung seorang pelakon itu sangat tinggi kerana tertarik dalam watak yang telah dilakonkan.

“Jadi, kalau ada kekurangan diri sendiri, simpan-simpanlah sikit jangan tunjuk dekat semua orang. Penghujungnya nanti kita juga yang tanggung malu dan risiko,” katanya akhiri bicara.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!