27 November 2015


Seorang banduan yang dijatuhi hukuman penjara 39 tahun dimahkotakan sebagai pemenang Pertandingan Ratu Cantik Penjenayah 2015 yang berlangsung di sebuah penjara di negara ini, baru-baru ini.

Laman web mirror.co.uk melaporkan, Michelle Neri Rangel, 27, berjaya mengalahkan pesaing lain untuk dinamakan sebagai pemenang pertandingan ratu cantik yang dilangsungkan di Penjara Wanita Talavera Bruce, di sini.

Rangel meringkuk di penjara sejak 2010 atas kesalahan melakukan rompakan dan menjadi pelacur di dalam sel lokap.

Matlamat utama pertandingan ratu cantik tahunan itu diadakan adalah bagi meningkatkan keyakinan dan kebolehan banduan untuk berdepan dengan situasi sukar.

Pertandingan ratu cantik Penjara Wanita Talavera Bruce tersebut turut mendapat sokongan daripada komuniti setempat dan pihak gereja.

Sama seperti pertandingan ratu cantik yang lain, peserta akan bersolek dan memakai pakaian terbaik bagi menarik perhatian juri untuk memilih mereka sebagai pemenang.

“Peserta akan berdandan, memakai pakaian menarik serta perlu berjalan di atas pentas peragaan sebagai syarat untuk memenangi pertandingan ini,” jelas sumber.

Penjara Wanita Talavera Bruce merupakan penjara yang memiliki kawalan ketat di Brazil dan sehingga kini menampung lebih 600,000 orang banduan wanita.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!