17 November 2015


Prosedur mengubah warna anak mata semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar aktiviti ‘pengubahsuaian badan’ di Australia.

Mail Online melaporkan, sekurang-kurangnya 20 orang penduduk negara ini mewarnakan sclera atau bahagian mata berwarna putih menggunakan prosedur diper­kenalkan pakar pengubahsuaian badan dari Amerika Syarikat (AS), Luna Cobra.

Walaupun doktor memberi amaran prosedur tersebut boleh mengakibatkan buta dan kanser, namun jumlah mereka yang berminat mengikut trend terbaharu itu semakin ramai.

“Mewarnakan mata sudah menjadi trend dalam kalangan individu yang gemarkan sesuatu yang luar biasa. Apa yang membimbangkan, terdapat segelintir individu mewarnakan mata tanpa mendapat khidmat pakar,” menurut Cobra.

Cobra memberitahu, dia mendapat idea menawarkan khidmat itu selepas melihat gambar seorang rakannya yang melakukan prosedur ber­kenaan dengan cara menyuntik dakwat berwarna ke dalam sclera.

Aktiviti mewarnakan mata mula menjadi popular pada tahun 2012 setelah gambar milik banduan dari AS, Jason Barnum yang menghitamkan matanya tersebar di laman sosial.

Sejak itu, mewarnakan anak mata menjadi trend bagi mereka yang sukakan kelainan.

Kos prosedur mengubah warna anak mata menelan belanja AS$3,900 (RM 17,084) dan warna tersebut akan kekal di dalam mata.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!