4 November 2015


Syarikat pengeluar kereta Jerman, Volkswagen yang berdepan skandal penipuan ujian pembebasan karbon, mendedahkan pada Selasa ia mengesan tahap pengeluaran karbon luar biasa pada kenderaan keluarannya.

Masalah itu berkemungkinan melibatkan sejumlah 800,000 kenderaan di seluruh Eropah.

Menurut Volkswagen, masalah itu dikesan ketika siasatan berhubung skandal ujian karbon dijalankan sebelum ini.

Pendedahan terbaharu ini bermungkinan melibatkan kerugian US$2.16 bilion (RM9.1 bilion).

Masalah tersebut melibatkan enjin diesel, dan tidak terkecuali model enjin petrol.

Syarikat itu bagaimanapun tidak memperincikan model kenderaan yang terlibat.

Masalah ini dikesan sehari selepas agensi EPA di Amerika Syarikat mendedahkan sejumlah 10,000 unit model kereta Volkswagen, Audi dan Porche dengan enjin 3 liter turut terlibat dalam penipuan ujian pembebasan karbon.
Bagaimanapun di sebalik skandal yang melanda, Volkswagen melaporkan peningkatan jualan bagi bulan Oktober.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!