6 November 2015


PIHAK pengurusan The Curve menafikan dakwaan pelakon Zul Ariffin berhubung isu Zahirah MacWilson hampir diculik di  pusat membeli belah berkenaan semalam.

Menurut Pengurus  The Curve, Jazmi Kamarudin, pihak pengurusan telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun tidak menjumpai sebarang bukti seperti yang didakwa pelakon itu.

"Pihak The Curve turut menghubungi pihak berkuasa dan turut dimaklumkan setakat jam 4.30 petang, tiada laporan polis dibuat oleh pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.  

Sebelum ini, menerusi laman mikro Twitter milik pelakon itu, Zul Ariffin memberitahu Zahirah nyaris di culik di pusat membeli belah The Curve.

Sementara itu, menurut The Curve lagi, pihak terlibat (Zahirah Mac Wilson) menerusi laman Instagramnya menyatakan kejadian tersebut berlaku di luar pusat membeli belah The Curve bukanlah seperti yang didakwa sebelum ini.

"Pihak kami turut sedang cuba menghubungi pihak terlibat dan akan cuba membantunya walaupun kejadian tersebut tidak berlaku di premis kami," ujarnya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!