1 Disember 2015


Kansas City: Seorang lelaki dituduh memukul anaknya hingga mati sebelum memberikan babi peliharaannya makan mayat kanak-kanak berkenaan.

Michael Jones, 44, sebelum itu ditahan kerana menyerang dan melepaskan tembakan ke arah isterinya Heather Jones, 29, di kediaman mereka di sini.

Bagaimanapun, apabila mula menyiasat, polis menerima maklumat daripada seseorang yang meminta mereka menyelongkar laman belakang keluarga itu.

Keesokannya, polis menemui mayat reput, kemungkinan anak lelaki pasangan berkenaan di kandang di belakang rumah mereka.

Penduduk tempatan yang mengenali pasangan itu berkata, mereka mempunyai lapan anak berusia antara satu dan 11 tahun.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!