29 Disember 2015


MOERAKI Boulders merupakan sekumpulan bola batu besar yang terdapat di sepanjang Pantai Koekohe berhampiran pantai Otago di New Zealand.

Ia dipercayai terbentuk lebih 60 juta tahun lalu daripada sedimen dasar laut purba. Penghabluran kalsium dan karbonat sekitar zarah bercas dan membentuk batu secara beransur-ansur seperti pembentukan mutiara yang mengambil masa selama empat juta tahun.

Batu lumpur itu kemudiannya dibawa naik dari dasar laut sekitar 15 juta tahun lalu dan angin, ombak serta hujan memisahkan ia satu demi satu.

Setiap satu batuan besar ini juga mempunyai diameter sehingga 3 meter dan berat beberapa tan.

Menurut legenda masyarakat Maori, Moeraki Boulders adalah batu yang terdampar dari kanu Araiteuru apabila ia rosak berdekatan Shag Point (Matakaea).

Terdapat juga di antara batuan tersebut mempunyai kesan retak luar biasa yang dikenali sebagai septaria.  – Moerakiboulders
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!