29 Disember 2015


Beijing: Seorang petani dihukum mati oleh mahkamah di sini selepas didapati bersalah membunuh jirannya sebelum membakar dan menabur abu mayat mangsa di lebuh raya.

Menurut media, tertuduh yang dikenali sebagai Lee, 65, berjanji membayar pampasan 300 yuan (RM198) kepada jirannya, Zhang selepas anjingnya menggigit rakan lelaki itu pada tahun lalu.

Bagaimanapun, hingga Februari lalu Lee masih tidak membayar wang berkenaan menyebabkan Zhang berang.

Pada 18 Februari lalu, Zhang datang ke rumah Lee untuk menuntut wang berkenaan tetapi pergaduhan tercetus antara mereka.

Ketika pergaduhan itu, Lee menghentak kepala Zhang dengan pemain Cakera Padat Digital (DVD) sehingga menyebabkan lelaki berkenaan mati.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!