16 Disember 2015


Seorang nelayan di barat daya China berjaya menangkap seekor haiwan purba menyerupai cicak salamander yang dikategorikan sebagai haiwan amfibia tertua di dunia yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal sejak kira-kira 170 juta tahun lalu.

Mirror Online melaporkan, Wang Yong menemukan cicak gergasi berukuran 122 sentimeter panjang itu secara tidak sengaja selepas terpijak badan haiwan pelik tersebut ketika sedang berjalan di dalam gua batu kapur di daerah Chingqing.

“Ia merupakan haiwan paling tua di dunia dan haiwan berusia 200 tahun itu ditemui di dalam gua selepas saya terpijak sesuatu yang lembut dan berlendir.

“Haiwan ini merupakan spesies paling tua di dunia. Ketika ia dilahirkan Raja George IV sedang menaiki takhta dan Britain sedang terlibat dalam perang Waterloo,” katanya.

Yong kemudian bertindak menelefon beberapa pakar hidupan liar yang mengambil haiwan amfibia itu untuk dipindahkan ke habitat semula jadinya selepas mendapati ia sakit.

Haiwan pelik itu yang dipanggil wa wa yu atau ikan bayi kerana tangisannya berbunyi seperti tangisan seorang bayi yang baru lahir.

Haiwan itu juga disenarai sebagai spesies paling terancam dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Hidupan Liar (ICUN) dan dilindungi di China.

Haiwan itu mampu membesar sehingga 1.8 meter panjang dan berat melebihi 50 kilogram.

Walaupun diletakkan sebagai spesies terancam, cicak salamander masih menjadi buruan golongan kaya di China ekoran kepercayaan bahawa daging haiwan itu boleh mengatasi ketuaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!