4 Disember 2015


Melaka: “Apalah nak jadi, van jenazah pun dicuri,” itu luahan spontan Bendahari Ahli Lembaga Masjid Klebang di sini, Hamzah Ibrahim, 47, selepas mengetahui van jenazah milik masjid berkenaan dilarikan pencuri.

Menurutnya, kehilangan van jenazah putih itu langsung tidak disedari sehinggalah seorang penduduk Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam menghubungi dan bertanyakan jika ada kehilangan van jenazah.

“Pada malam 1 Disember lalu, saya terkejut menerima panggilan daripada seorang lelaki yang juga penduduk Taman Angkasa Nuri mendakwa van jenazah masjid kampung kami ada di depan rumahnya.

“Ketika itu, baru saya dan ahli kariah tahu yang van jenazah yang di parkir di belakang masjid hilang,” katanya ditemui di Balai Raya Klebang di sini.

Katanya, sejurus menerima panggilan itu, dia bergegas ke taman perumahan berkenaan jam 8 malam sebelum mengesahkan van jenazah itu milik Masjid Klebang.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!