10 Disember 2015


Seorang pendandan rambut di Sepanyol mempunyai kemahiran luar biasa apabila menggunakan pedang samurai untuk memotong rambut pelanggan di kedainya, di sini.

Kemahiran mengagumkan dimiliki Alberto Olmedo itu membuatkan dia digelar ‘Edward Scissorhands’, watak filem popular tentang lelaki yang mempunyai banyak gunting pada tangannya.

Olmedo mendakwa, penggunaan peralatan logam yang dianggap terlalu kuno dan berbahaya itu dapat membantunya memotong rambut pelanggan dengan tepat dari setiap sudut.

“Pendandan rambut biasanya memotong rambut dari satu bahagian sebelum ke bahagian berikutnya.

“Satu-satunya cara untuk melakukannya dalam pengiraan matematik yang tepat adalah memotong rambut dari kedua-dua bahagian secara serentak,’’ katanya seperti lapor portal Oddity Central.

Kecekapan Olmedo dan teknik luar biasanya memotong rambut, membuatkan kedainya dikunjungi ramai pelanggan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!