16 Disember 2015


KHAMIS lalu, Carolyn Walker-Diallo dilantik sebagai hakim mahkamah sivil bandar New York selepas memenangi pilihan raya yang diadakan bulan lalu.

Bagi menyempurnakan majlis pelantikan yang diadakan di Dewan Brooklyn Borough itu, Walker-Diallo sebagai seorang Muslim mengambil keputusan untuk mengangkat sumpah dengan bersaksikan Al-Quran.

Sambil meletakkan tangan di atas kitab suci itu, beliau turut bersumpah untuk taat setia terhadap perlembagaan Amerika Syarikat.

Tindakan beliau yang disebar melalui video Facebook mengundang pelbagai reaksi. Beberapa komentar menyelar tindakan beliau yang disifatkan “tidak mengikuti semangat Amerika” yang sebenar. Kebanyakan komen negatif diberi berdasarkan fahaman Islamophobia yang masih menebal.

Namun begitu, banyak juga komen positif yang diberikan untuk menyokong Walker-Diallo. Beberapa pengguna Facebook turut menerangkan bahawa hakim diberi pilihan mengangkat sumpah menggunakan Bible, kitab suci pilihan masing-masing, atau salinan perlembagaan Amerika Syarikat.

Bukan kontroversi baru

Pada tahun 2006, Keith Ellison yang merupakan Muslim pertama dipilih sebagai anggota Kongres telah mengangkat sumpah dengan menggunakan Al-Quran.

Ketika itu, profesor undang-undang University of Californa, Los Angeles (UCLA) Eugene Volokh dalam satu temubual bersama-sama CNN memberi pandangan:

“Perlembagaan tidak meletakkan syarat untuk ahli Kongres menggunakan apa-apa teks agama pun untuk mengangkat sumpah.”

Hakim berpengalaman
Dalam perbalahan sama ada tindakan Walker-Diallo itu wajar atau tidak, warga media sosial khususnya terlupa dengan kebolehan dan pengalaman wanita ini.

Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang jurisprudens dari New York Law School. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Komuniti Brooklyn, Pengerusi Lembaga Kesatuan Komuniti George Walker Jr, dan ahli lembaga pengarah Syarikat Pemulihan dan Pembangunan Tempatan New York Timur.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!