4 Disember 2015


Seorang wanita warga emas dari wilayah Shaanxi, didenda HK$2,000 (RM1,090.88) kelmarin selepas bertindak membawa pulang jaket keselamatan ketika menaiki pesawat Cathay Pacific yang disangkanya sebagai cende­ramata kepada penumpang.

Menurut portal Hong Kong Free Press, wanita berusia 64 tahun yang terbang dari Taipei ke Xi’an Isnin lalu, ditahan selepas pegawai ke­selamatan mengesan jaket bernilai HK$360 (RM196.36) itu tersembunyi di dalam bagasinya.

Wanita tersebut mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tsuen Wan kelmarin, namun tidak menyedari perbuatan itu menyalahi undang-undang kerana percaya jaket berkenaan merupakan cendera­mata dan merancang untuk membawa­nya pulang ke Xi’an.

Majistret Cheang Kei Hong bagaimanapun tidak percaya wa­nita itu begitu jahil tentang undang-undang dan berpendapat bahawa dia sengaja melakukan perbuatan tersebut kerana bersifat tamak.

“Keseriusan jenayah ini tidak terletak pada harga jaket keselamatan itu, tetapi situasi jika syarikat penerbangan tidak sedar jaket tersebut hilang, nyawa penumpang seterusnya yang menaiki pesawat pasti berada dalam bahaya sekiranya berlaku kemalangan,” kata Kei Hong.

Akhbar Apple Daily melaporkan, peguam bela cuba membalas dakwaan itu dengan menyatakan bahawa syarikat penerbangan tersebut sepatutnya bertanggungjawab memeriksa bilangan jaket keselamatan mereka, namun disangkal Kei Hong yang menyifatkan perbuatan wanita itu sesuatu yang di luar jangkaan.

Wanita itu kemudian membayar denda tersebut dengan bantuan suaminya dan dibebaskan pada sebelah petang hari yang sama.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!