29 Disember 2015


New Delhi: Sama seperti pengguna di seluruh dunia, rakyat India juga gemar membeli belah di Internet tetapi ada satu produk yang dilaporkan sangat laris jualannya di negara itu.

Beberapa syarikat jualan dalam talian di India memberitahu, ‘kek’ najis lembu adalah antara produk paling popular di Internet.

Najis lembu digaul dengan rumput kering sebelum dijemur dihasilkan di kawasan pedalaman dan biasanya dijadikan bahan bakar.

Sejak ratusan tahun, ‘kek’ najis lembu digunakan penduduk kampung di India untuk memanaskan rumah dan dalam upacara keagamaan.

Kini syarikat jualan dalam talian termasuk Amazon dan eBay mula menjual ‘kek’ najis lembu itu untuk penduduk di kawasan bandar.

Apa yang menarik, menurut syarikat berkenaan, sejak ‘kek’ najis lembu mula dijual di Internet beberapa bulan lalu, produk berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa.

“Kek najis lembu disenaraikan beberapa penjual kami sejak Oktober lalu dan ia mendapat sambutan hangat pembeli,” kata jurucakap Amazon India, Madhavi Kochar.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!