18 Disember 2015


Sekumpulan bekas ahli DAP berhimpun di depan pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dengan membawa lilin dan keranda bagi menuntut keadilan di Jalan Kuchai Lama, pagi tadi.

Kumpulan yang mula berhimpun pada 11.30 pagi itu memprotes tindakan Teresa yang menyaman beberapa ahli DAP berikutan mereka mempersoalkan isu dalaman parti.

Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa dan Hal Ehwal Kaum Cina Pertubuhan Minda dan Sosial 

Prihatin (PMSP) Tony Tan berkata, seorang ahli DAP mempersoalkan wang sumbangan yang diberikan kepada parti menyebabkan dia disaman sehingga RM10 juta oleh Teresa.

"Beberapa ahli DAP lain turut disaman hanya kerana mereka mempersoalkan atau membangitkan isu dalaman parti . Mereka hanya inginkan penjelasan, di manakah keadilan ?" katanya.

Tan berkata, mereka membawa lilin dan keranda sebagai simbolik Teresa memfitnah mereka.

"Dia juga melemparkan fitnah terhadap kami dengan mendakwa kami muflis, dia bayar peguam untuk saman kami, macam mana Ahli Parlimen (seperti itu) mahu memerintah negara jika bersikap sebegini.

"Saya minta Teresa memberitahu di mana wang sumbangan parti sebanyak RM300,000 dan meminta maaf kepada semua ahli yang difitnah selama ini," katanya.

Kumpulan itu turut membuka keranda sambil memanggil Teresa dari bawah pejabat Ahli Parlimen berkenaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!