1 Disember 2015


Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow menegaskan beliau tidak terlibat dengan desakan ahli akar umbi parti itu yang mahukan supaya jawatan Ketua Menteri yang disandang Lim Guan Eng diserahkan kepada pemimpin anak tempatan.

Katanya, isu berkenaan telah diselesaikan ketika Konvensyen DAP negeri diadakan semalam.

“Oleh itu, saya tidak berniat untuk mengulas lanjut tentang perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, sekumpulan pemuda yang mendakwa mereka ahli DAP mengadakan demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) menuntut supaya Kon Yeow diberikan peluang untuk menjadi Ketua Menteri.

Kemuncaknya, ketika konve­syen berlangsung semalam, perwakilan DAP Taman Chai Leng, Shamser Singh Thind ketika berucap mencadangkan supaya pemimpin tempatan diberi peluang untuk menjadi Ketua Menteri dan perkara berke­naan harus diteliti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Di peringkat pemimpin DAP tempatan pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu juga pernah beberapa kali membangkitkan dalam sidang DUN supaya jawatan Ketua Menteri yang disandang dalam DUN dihadkan kepada dua penggal sahaja.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!