29 Disember 2015


HOVERBOARD iaitu peranti pengimbang beroda sebesar papan luncur dan menggunakan bateri litium kecil, merupakan antara hadiah Hari Krismas yang paling popular tahun ini.

Namun satu kejadian pada tengahari Isnin (waktu Amerika Syarikat) mengejutkan ramai apabila sebuah papan hoverboard terbakar di dalam sebuah pusat membeli belah di Texas.

Orang ramai yang berada di Deerbrook Mall berkongsi detik apabila hoverboard itu terbakar di tengah-tengah pusat membeli belah itu, berhampiran dua kiosk.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Diana tweet kepada sebuah stesen televisyen tempatan berkata tiada siapa yang sedang menggunakan hoverboard itu.

Ia mula terbakar dengan sendiri ketika masih dalam kotak dan pekerja kiosk itu terus mencampaknya ke lantai.

Ini bukanlah kes pertama papan hoverboard terbakar dalam tempoh 24 jam. 

Beberapa jam sebelum kejadian ini, sebuah hoverboard terbakar di New Jersey.

Menurut NBC New York, hoverboard itu sedang dicaj ketika kebakaran berlaku.

Pihak bomba Lanoka Harbor turut mengingatkan pengguna untuk berhati-hati ketika mengecas hoverboard mereka. 

Laporan yang sama turut berkata Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AS sedang menyiasat 22 kes kebakaran hoverboard lain di 17 negeri.

Selain kes kebakaran, laporan lain yang diterima termasuk kecederaan akibat ketidakseimbangan ketika menggunakan hoverboard.
CNN Money melaporkan bahawa laman web membeli-belah dalam talian Amazon tidak lagi menjual beberapa jenama tertentu pengeluar hoverboard.

Namun seorang jurucakap Amazon berkata ia hanya melibatkan papan hoverboard berkualiti rendah dan bukan jenama Swagway.

"Swagway mempunyai pensijilan dan telah pun menghantar maklumat itu kepada Amazon," tambah beliau.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!