2 Disember 2015


Kenyataan Mohamad Sabu menuduh  Pas dipengaruhi IS hanyalah persepsi buruk semata-mata, tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Ahmad Yunus berkata, kalaulah fahaman ekstrem itu sudah wujud dalam Pas sebagaimana tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, mengapa baru sekarang beliau bersuara? 

“Kalau sudah wujud sejak empat lima tahun lalu, ketika masih dalam Pas kenapa tak pernah bersuara? (Mengapa) sekarang baru nak cakap?," soalnya.

Apa yang jelas, kata Ahmad Yunus, pimpinan Pas sendiri menolak IS. Justeru, tidak timbul isu parti itu dipengaruhi fahaman melampau kumpulan tersebut. 

"Tidak ada asas langsung,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Wakaf bagi projek pembangunan perumahan usaha sama antara Perbadanan Wakaf Selangor dan Nada Sepakat Corporation Sdn Bhd, di Seksyen 30, di sini, semalam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi itu juga menegaskan, Pas tidak terlibat dengan kumpulan militan dan jika ada ahli yang menyertainya, itu di luar kawalan parti.

“Amanah cuba timbulkan persepsi negatif seolah-olah Pas dilihat menyokong IS. Kalau nak siasat pun perkara itu tidak wujud.

“Tapi terpulanglah kepada mereka, kita tak boleh halang manusia bercakap. Lagipun beliau dah lama dalam Pas, baru sekarang keluar, dah tuduh macam-macam,” katanya.

Terdahulu Mat Sabu mendedahkan antara punca Amanah ditubuhkan kerana bekas partinya Pas sudah diresapi pemikiran IS.

Beliau menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci ke atas penyusupan pemikiran melampau yang menyebabkan suburnya budaya 'takfiri' (mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan pemikiran) dalam Pas.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!