15 Disember 2015


“Penjenayah ini sangat zalim dan secara peribadi, saya menganggap ini perbuatan manusia bertopengkan syaitan,” kata Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau ditemui ketika melawat dua sahabat, Nurul Umira Azali, 22, dan Nurfarziana Hussein Hasnor Harry, 22, yang menjadi mangsa simbah cuka getah oleh seorang penunggang motosikal di kediaman mereka, semalam.

Azizah berkata, kedua-dua gadis berkenaan ‘gelap’ masa depan selepas wajah dan badan cedera teruk akibat terkena simbahan cuka getah.

“Tidak sangka mereka perlu berdepan dengan keadaan ini seumur hidup, perbuatan ini begitu zalim sekali.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kedua-dua mereka sangat kuat dan tabah, malah bersikap pemaaf kepada pelaku berkenaan selain menganggap ada hikmah di sebalik kejadian ini,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!