18 Disember 2015


Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa Noor, 26, mengaut keuntungan berlipat kali ganda selepas tudung keluarannya di bawah jenama Naelofar Hijab (NH) memperoleh hasil jualan sebanyak RM50 juta tahun ini.

Seperti dilaporkan oleh portal berita antarabangsa, BBC, perolehan itu adalah dua kali ganda daripada jumlah asal yang disasarkan syarikat yang diusahakannya bersama ahli keluarga itu.

“Sejujurnya, kami terkejut dan tergamam kerana tidak men­jangka sambutan begitu menggalakkan sehingga mampu mendapat perolehan seba­nyak itu. Jauh daripada jumlah asal yang kami sasarkan,” kata Pengarah urusan NH Prima International, Noor Nabila Mohd. Nor, 30, yang juga kakak Neelofa dipetik daripada portal berkenaan.

Mengenakan har­ga tidak lebih daripada RM100 untuk setiap rekaan tudungnya, NH sehingga kini memiliki lebih 700 pengedar di seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat selain Malaysia.

“Bukan itu sahaja, NH turut mendapat jualan tinggi menerusi kaedah atas talian (online) yang membantu ke arah penambahan hasil perolehan. Media sosial telah berjaya mengubah trend jualan produk dunia walaupun di peringkat awal dahulu, ramai beranggapan produk seperti ini sukar untuk pergi lebih jauh,” jelasnya.

Tambahnya, wanita bertudung bukan hanya datang dari kampung atau pedalaman, bahkan di setiap pelosok. Tidak lagi dianggap kuno, malah mereka boleh jadi ikon yang berjaya dengan memakai tudung.

Neelofa yang juga pengacara program MeleTOP itu memiliki lebih 1.4 juta pengikut di Twitter dan 2.2 juta pengikut di Facebook, dan kini produk jenamanya menjadi salah satu yang terbesar di Malaysia dan sedang mencari peluang pasaran eksport.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!