4 Disember 2015


Selepas pelbagai dalih diberikan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang kini berdepan dengan kecaman rakyat, akhirnya mengaku bersalah bergambar dengan anak pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram.

Namun di sebalik pengakuan berkenaan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tetap cuba berselindung dengan alasan kononnya pertemuan tersebut tidak dirancang lebih awal dan hanya sekadar memenuhi permintaan penganjur untuk bergambar.

“Saya kesal dan memohon maaf terutamanya kepada semua keluarga mangsa tragedi Lahad Datu (Sabah) dan rakyat Malaysia yang terkesan dengan gambar tersebut,” katanya ketika diberi peluang membela diri semasa usul bagi menghadapkannya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 9 November lalu, Nurul Izzah mengadakan pertemuan dengan Jacel dan gambar yang memaparkan kemesraan antara mereka sambil memegang poster ‘Bebaskan Segera Anwar’ kemudiannya menjadi viral di Facebook sekali gus mengundang kecaman daripada pelbagai lapisan rakyat.

Dalam pada itu, Nurul Izzah mendakwa, pertemuan tersebut bukan atas kapasiti untuk bekerjasama dengan Jacel tetapi sekadar memenuhi undangan pihak Filipina demi menjayakan kempen beliau untuk pembebasan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Manila, dakwa Naib Presi­den PKR itu, Jacel merupakan salah seorang daripada 15 jemputan yang hadir pada majlis makan malam sebelum mereka kemudiannya bergambar bersama selepas dimin­ta pihak penganjur.

“Saya sejak tujuh tahun lalu lagi konsisten untuk menghalang sebarang anasir luar serta dalam negara dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan atas tujuan yang sama,” dakwanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!