31 Disember 2015


Sebuah pesawat komersial milik syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot penerbangan SU101 dari New York terpaksa melencong ke Kanada gara-gara ada penumpang yang mahu bersalin menurut akaun Twitter, Flightradar24.

Pesawat Airbus A330-343 itu sepatutnya terbang menuju ke destinasi asal, Moscow, Rusia.

Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gander kira-kira jam 8 pagi tadi.

Menurut kemas kini status seorang wartawan CTV News, Tom Podolec, penumpang itu terus dikejarkan ke hospital.

Namun identiti wanita tersebut masih tidak didedahkan.

Melalui jadual penerbangan yang dipaparkan Flight Radar 24 di laman web mereka, pesawat SU101 itu mula berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Joh F. Kennedy jam 3.14 petang waktu tempatan dan dijangka tiba ke Moscow 7.20 pagi keesokannya waktu Eropah.

Namun, setakat jam 10.13 malam waktu Amerika Syarikat status penerbangan SU101 itu masih tidak diketahui sama ada telah menyambung perjalanan atau sebaliknya kerana makluman yang dipaparkan hanya ‘tidak diketahui’.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!