15 Disember 2015


MESIR. Seorang lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Mesir selepas didapati bersalah merogol seorang warga emas berusia 80 tahun sehingga menyebabkan kematian.

Lelaki yang berusia 25 tahun itu mengikat tangan serta kaki warga emas tersebut dan memaksannya memakai baju tidur kepunyaan anak mangsa sebelum merogolnya, lapor Al Youm Al Sabea'a.‎

Anak mangsa yang tinggal di bandar Nasr berkata, kebiasaanya dia dan anaknya akan melawat ibunya itu setiap hari kerana dia tidak berupaya untuk bergerak.

Pada hari kejadian, dia dan anaknya ke rumah mangsa untuk menukarkan pakaian ibunya namun semasa anaknya itu masuk ke bilik neneknya, dia menjerit ketakutan dan belari keluar dari bilik.

"Anak saya memberitahu, semasa dia membuka pintu bilik neneknya, dia mendapati mangsa sedang tidur dikatilnya bersama seorang lelaki muda disebelahnya.

"Saya kemudian terus menelefon abang serta kakak menyuruh mereka ke rumah ibu," kata anak perempuan mangsa.

Selepas pemeriksaan oleh anak lelaki mangsa, terdapat kesan pukulan dan cedera di badan mangsa serta kaki serta tangan mangsa turut diikat.

Tertuduh kemudian telah diserahkan kepada polis.

Semasa soal siasat, tertuduh mengakui dia memecah masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap tandas.

Dia turut memukul mangsa dengan batang besi, merantai kaki dan tangannya sebelum merogol mangsa sehingga maut.

Mahkamah Jenayah Mesir Tengah memerintahkan hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!