4 Disember 2015


Seorang jurusolek Rusia mencetuskan kemarahan orang ramai apabila membunuh ikan peliharaan untuk dijadikan sebagai sebahagian solekan model bagi pertunjukan fesyen.

Portal Mail Online melaporkan, kontroversi itu tercetus apabila jurusolek terbabit, Elya Bulochka menyiarkan gambar muka-muka model yang dihiasi ikan mati jenis angelfish dan neons yang kebiasaannya dibela di dalam akuarium.

Tambah laporan berkenaan, tindakan itu mencetuskan kemarahan kumpulan pencinta haiwan yang menyifatkan pembunuhan ikan tersebut sebagai tidak wajar dan bukan satu seni seperti yang didakwa oleh jurumekap terbabit.

Semua imej itu yang dikongsi di laman sosial Instagram dengan kapsyen ‘Mermaid’ disiarkan beberapa hari lalu, namun telah dipadamkan oleh Bulochka, yang mempunyai 25,000 pengikut.

“Hari ini seekor ikan mati, esok jari manusia pula digunakan sebagai hiasan. Tindakan ini tidak layak digelar sebagai seni mekap,” marah seorang pengikut jurusolek itu.

Seorang lagi pengikut Bulochka berkata, kreativiti yang cuba ditonjolkan jurusolek itu bukan seni, tetapi tindakan orang bodoh yang membunuh haiwan tanpa sebab.

“Haiwan bukan benda, kenapa sukar sangat untuk memahami perbezaan tersebut?,” katanya.

Namun Bulochka membalas semula kritikan tersebut yang disifatkan sebagai berat sebelah.

“Sebelum menulis komen, ingat semula bila kali terakhir anda makan ikan,” ujarnya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!