17 Disember 2015


THAILAND. Seorang anggota polis yang dituduh merogol bertindak menembak mati dua pegawai atasan sebelum ditembak mati anggota polis lain, kelmarin.

Menurut Bangkok Post, suspek Shinkrit Phutthipraphas dibawa ke balai polis Pluak Daeng untuk bertemu dengan pegawai, Somchai Soonthornwanich pada jam 3.15 petang hari kejadian.

Phutthipraphas kemudian mengeluarkan sepucuk pistol 9mm dan menembak Soonthornwanich dan seorang lagi pegawai, Banyat Somha.

Soonthornwanich yang ditembak di leher maut serta-merta manakala Somha ditembak dua kali di kepala dan maut di hospital Rayong.

Soonthornwanich kemudian cuba melarikan diri menggunakan sebuah trak pikap sebelum ditembak mati oleh seorang anggota polis.

Pegawai kanan, Surapol Wiratyosin berkata Phutthipraphas mungkin berada dalam keadaan tertekan kerana berdepan dengan hukuman disiplin yang berat.

Phutthipraphas sebelum ini dituduh merogol seorang wanita berbangsa Laos di sebuah lokap dan Soonthornwanich menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian tersebut.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!