2 Disember 2015


Sejak Isnin lalu, pendengar Sinar Pagi di Sinar FM  sudah tidak lagi mendengar keletah 3 orang penyampai iaitu Raja Azura yang popular dengan panggilan Kak Engku, Salih Yaacob dan Krill.

Sebaliknya Sinar Pagi telah diperkenalkan dengan 3 penyampai baru iaitu Sepahtu yang terdiri daripada Jep, Shuib dan Rahim bersama tagline baru ‘Menyinari Hidupmu’.

Perubahan drastik yang dilakukan itu amat mengejutkan pendengar radio tersebut yang mungkin sudah 9 tahun biasa mendengar keletah mereka.

Bagaimanapun Jep Sepatu yang ditemui menjelaskan tawaran untuk mengendalikan segmen itu diterima setelah pihak Sinar FM memberitahu mahu dia dan rakannya memberikan suntikan lebih segar kepada Sinar Pagi.

“Sebenarnya saya sudah terima tawaran daripada pihak Sinar FM sejak tiga tahun lagi. Tapi masa itu mereka mahu saya seorang sahaja dan saya tolak kerana memang benar-benar belum bersedia untuk memberi komitmen tersebut.

“Tahun lalu tawaran ini datang lagi dan saya diberitahu mahu memberhentikan trio yang sudah lama berada di Sinar Pagi.

“Pada mulanya saya menolak kerana terus-terang saya tidak mahu lah memotong rezeki orang yang sudah sekiam lama begitu sahaja. Tapi bila mereka kata jika saya tak terima pun mereka tetap akan memberhentikan ketiga-tiga penyampai itu kerana mahu memberi sesuatu yang segar kepada segmen tersebut, saya pun bersetuju menerimanya.

“Bagaimanapun saya terima tawaran mengendalikan Sinar Pagi itu selepas mereka bersetuju saya bersama 2 orang rakan saya yang lain dalam Sepahtu iaitu Shuib dan Rahim bergandingdalam segmen tersebut,”katanya kepada murai.com.my

Bukan mudah untuk mengubah selera pendengar yang sudah sekian lama biasa dengan celoteh 3 pendengar sebelum ini, Shuib dan Rahim memberitahu ianya adalah perkara biasa dan mereka akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk Sinar Pagi.

“Sudah tentu orang akan sedikit janggal kalau sudah 9 tahun sarapan dengan nasi lemak tiba-tiba dihidang dengan sandwich. Kami akui perkara itu kerana orang pasti akan membuat perbandingan.

“Tapi apa yang kami boleh janjikan, kami akan berikan yang terbaik dan cuba memuaskan hati pendengar hari demi hari,” ceritanya.

Segmen Sinar Pagi Jep, Shuib dan Rahim akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Selain itu, penyampai Salih Yaacob ketika sebelum ini mengemudikan segmen Sinar Pagi, bakal digandingkan dengan Feeya Iskandar (Cik Piah) bermula Januari 2016 nanti di segmen petang  bermula jam 3 petang hingga 7 malam.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!