18 Disember 2015


Seorang pesakit berusia 27 tahun menjalani pembedahan otak di sebuah hospital di Sepanyol sambil meniup alat muzik, saksofon.

Carlos Aguilera memainkan lagu jazz klasik berjudul Misty sewaktu menjalani prosedur pembedahan selama 12 jam.

Sejumlah 16 doktor yang terbabit dalam pembedahan itu sepakat membuat keputusan membiarkan pesakit tersebut menjalani prosedur pembedahan dalam keadaan sedar.

Langkah itu adalah bagi membantu pakar bedah memastikan tiada kesan kepada fungsi otak dari segi kawalan percakapan, pendengaran dan pergerakan, terutamanya pada peringkat akhir pembedahan.

Aguilera mula menjalani pembedahan itu di Hospital Malaga, Sepanyol pada Oktober dan sesi pembedahan pada Selasa lalu adalah fasa terakhirnya.

Dia pada Rabu tampil menceritakan kisah kejayaan pembedahan itu kepada umum dan menurut jurucakap hospital itu, teknik pembedahan ini merupakan kali pertama pernah dilakukan di Eropah.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!