15 Disember 2015


Kecuaian seorang pemandu treler di Republik Czech hampir mengundang maut apabila kenderaan yang dipandunya dilanggar kereta api laju ketika dia melanggar lampu isyarat untuk melintasi landasan, menyebabkan 80 penumpang kereta api berkenaan mengalami cedera ringan.

Menurut portal Mail Online, kejadian itu yang dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di bandar Frydek-Mistek, kelmarin menunjukkan pemandu treler berkenaan cuba melintasi landasan tersebut, walaupun kereta api laju semakin menghampirinya.

Tambah laporan tersebut, walaupun bahagian kepala treler melepasi landasan, namun bahagian kargo lori tidak melepasi landasan, menyebabkan ia hancur dilanggar kereta api laju berkenaan.

Majlis Perbandaran Frydek-Mistek menyiarkan rakaman kejadian itu dalam laman sosial Facebook sebagai amaran kepada pemandu lain agar tidak melanggar lampu isyarat di landasan kereta api.

Bagaimanapun pemandu lori berusia 45 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu hanya mengalami cedera ringan.

Pemandu berasal dari Poland itu ditahan polis untuk siasatan dan kos kerugian akibat kecuaiannya dianggarkan 20,000 pound (RM131,530).


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!