21 Januari 2016


Kesilapan pelakon Arja Lee, 33, yang tertinggal telefon bimbitnya dalam tandas di pusat beli-belah di sini, dua hari lalu mengundang padah apabila video dia menimang bola dengan hanya memakai seluar dalam dan baju-T yang disimpan dalam telefon itu menjadi ‘viral’ pagi tadi.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli ketika ditemui berkata, ketika dia menyedari telefon itu tertinggal di dalam tandas dan berpatah balik untuk mengambilnya, ia sudah dicuri orang.

“Ketika itu saya hanya terfikir mengenai telefon hilang saja. Saya tak terfikir pun mengenai segala maklumat, gambar dan video yang disimpan dalam telefon itu sehinggalah ia menjadi ‘viral’ pagi tadi,” katanya.

Dalam video berdurasi 12 saat yang dimuat naik dalam Instagram pelakon itu, Arja dilihat menimang bola dengan hanya memakai baju-T dan seluar dalam berwarna putih.

Pelakon filem ‘... Dalam Botol’ itu berkata, dia yakin individu yang mencuri telefonnya itu yang memuat naik video terbabit ke dalam akaun Instagram miliknya menggunakan telefon berkenaan.

“Saya tidak gelabah kerana bukan saya yang memuat naik video itu. Saya yakin ia dilakukan oleh orang yang mencuri telefon itu. Bagaimanapun, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana perkara itu sudah terjadi,” katanya.

Arja berkata, dia membuat dua laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Kota Damansara, di sini tengah hari tadi sebelum meminta syarikat telekomunikasi membatalkan kad sim telefon itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!