12 Januari 2016


Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Melaka bersama pasangannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Wanita yang menamakan dirinya sebagai Bonda Ratu telah ditahan polis bersama pasangannya minggu lalu kerana didakwa merancang mengadakan satu majlis penganugerahan pingat kebesaran di Sungai Rambai Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sampornak Ismail, mengesahkan bahawa pasangan berkenaan, yang sebelum ini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan telah dibebaskan atas jaminan polis.

Bagaimanapun, katanya, walaupun dibebaskan, siasatan polis ke atas mereka masih diteruskan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!