21 Januari 2016


Setelah menyertai sebuah program realiti tahun ini, Azian Mazwan Sapuwan tidak menang tangan menerima undangan nyanyian dari serata pelusuk negeri. Umum mengetahui Azian seorang penjawat awam. Walaupun bekerja, tetapi penyanyi ini tidak ada terfikir untuk berhenti kerja.

“Alhamdullilah undangan nyanyian tidak pernah berhenti. Saya bersyukur dengan rezeki yang diberi. Selalunya undangan persembahan dihujung minggu jadi tidak menganggu kerja saya. Kalau tanya untuk berhenti kerja, rasanya tidak. Saya selesa seperti sekarang. Paling utama saya perlu pandai membahagikan masa. Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar”, ujarnya.

Walaupun sibuk dengan kerja dan undangan nyanyian, Azian tidak pernah mengabaikan keluarga. Malah mereka sentiasa bersama ke mana-mana. “Sekiranya saya ada persembahan dalam Semenanjung Malaysia, saya akan bawa anak saya. Tetapi kalau luar dari Semenanjung saya tidak bawa. Biasalah kalau anak ramai, semua kena perlu diberi perhatian”, kata Azian ibu kepada tujuh orang anak.

Bercerita mengenai anak, baru-baru ini tersebar mengenai anak lelakinya yang ditangkap kerana terlibat dalam kes kecurian motosikal. Bagi Azian, dia tahu apa yang berlaku. “Ketika berita itu keluar saya sedang sibuk membuat persiapan persembahan. Apa yang berlaku adalah kesalahan dia sendiri dan dia sendiri sudah mengaku. Saya ambil perkara ini dengan positif. Saya harap ini dapat menjadi pengajaran kepadanya. Apa-apa pun dia tetap anak saya. Saya tahu apa sebenarnya perkara yang berlaku. Untuk itu, saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana siasatan masih berjalan. Harap dengan kenyataan saya ini dapat puaskan semua pihak”, jelas Azian.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!