21 Januari 2016


Seramai 27 pekerja Bangladesh yang ditahan oleh pihak berkuasa Singapura pada tahun lalu selepas didapati menyokong ideologi kumpulan pengganas dan 26 daripadanya dihantar pulang ke negara asal.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melaporkan, tangkapan itu dibuat antara tempoh 16 November dan 1 Disember lalu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan semua rakyat Bangladesh itu menyokong kumpulan pengganas termasuk Al-Qaeda dan militan IS di Iraq dan Syria.

Tambah kementerian tersebut, kumpulan pekerja itu mengambil langkah tertentu bagi mengelakkan diri ditahan pihak berkuasa kerana mereka berkongsi ideologi berfahaman pelampau.

Jelas kementerian itu, mereka turut mengadakan pertemu­an pada setiap minggu untuk membincangkan tentang per­juangan serta konflik melibatkan masyarakat Islam.

“Mereka juga aktif merekrut anggota baharu selain merancang untuk melancarkan serangan di luar negara, tetapi Singapura tidak dijadikan sasaran.

“Seramai 26 penyokong ideologi pengganas dihantar pulang ke Bangladesh, manakala seorang lagi dihukum penjara kerana cuba melarikan diri dari Singapura,” jelas kementerian itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!