12 Januari 2016


AGAMA Islam sangat menjaga wanita dan meletakkan wanita di kedudukan yang sangat tinggi.

Justeru wanita dinasihatkan agar tidak membuka ruang untuk membolehkan mereka dieksploitasi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Itu nasihat Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan berhubung isu seorang wanita yang memuat naik gambarnya sedang menyusukan anak.

Nasihat itu diluahkannya melalui satu kemas kini status di Facebook.

Kata PU Rahmat, sekalipun gambar berkenaan tidak mendedahkan aurat dan mana-mana anggota badan, hukumnya tetap haram berasaskan empat dalil.

1. Perempuan tidak boleh melunakkan suara

2. Perempuan jangan hentak kaki untuk menunjukkan perhiasan tersembunyi.

3. Perempuan jangan menunjukkan perhiasan kecuali yang terzahir.

4. Mana-mana wanita yg berwangi-wangian dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka dia telah (menghampiri) zina.

Salah satu dalil yang disebutkan ialah tentang wanita dilarang memakai haruman sehingga menarik perhatian lelaki.

Berdasarkan dalil tersebut, wanita yang memuat naik gambar sedemikian disifatkan sama seperti menarik perhatian lelaki dengan sengaja dan boleh menjadi bahan untuk dieksploitasi.

Di akhir status itu, PU Rahmat turut mengingatkan golongan wanita agar menghiasi diri mereka dengan sifat malu, dan wanita terbabit agar segera membuang gambar tersebut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!