22 Januari 2016


Siapa sangka walaupun tidak mendapat pendidikan khusus di dalam bidang kejuruteraan fizikal tau mekanikal, itu tidak menghalang pemuda yang berasal dari Indonesia ini untuk mencipta tangan unik. 

Bukan itu saja, pemuda bernama Wayan Sumardana Sutawan ini telah mencipta tangan bionic tersebut dari bahan-bahan terpakai. Diadaptasi dari cerita popular Iron Man, Sutawan atau lebih mesra dengan panggilan Tawan telah mempelajari teknologi tersebut dengan hanya berpandukan video di YouTube.

Semuanya bermula selepas dia disahkan menghadapi penyakit angin ahmar sejak enam bulan lalu terutama selepas tangan kiri lelaki ini sukar digerakkan. Dengan bantuan tangan istimewa itu, pemuda ini dapat memudahkan kerja hariannya sebagai buruh besi di sebuah bengkel tempatan.

Berita mengenai kejayaan beliau telah membuatkan dirinya digelarkan ‘Iron Man Bali‘ daripada media tempatan dan telah menerima ramai tetamu yang ingin melihat lebih dekat tangan bionik itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!