15 Januari 2016


Jakarta: Kumpulan yang menyokong Negara Islam (IS) mengedarkan dakwaan menyatakan IS bertanggungjawab melakukan serangan di Jakarta hari ini, yang menyaksikan lima penyerang serta dua orang awam - seorang rakyat Kanada dan seorang rakyat Indonesia terbunuh - manakala 20 lagi cedera.

Dakwaan itu disiarkan di Twitter lewat hari ini dan menurut SITE Intelligence Group di Amerika Syarikat, dakwaan itu juga diedarkan melalui Telegram.

Pesanan dalam dakwaan itu menyatakan empat penyerang melakukan serangan di Jakarta serta memasang beberapa bom penetap masa selain penyerang nekad yang memakai tali pinggang bom membawa senjata ringan.

Dakwaan itu tidak dapat disahkan namun ia menyamai dakwaan oleh sebelum ini yang dihantar oleh IS.

Bagaimanapun, polis Indonesia mengesahkan lima penyerang, bukannya empat yang melakukan serangan itu dan semua mereka mati dengan meletupkan diri sendiri, tiada bom penetap masa.

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York menyatakan seorang rakyat Belanda yang cedera parah dalam serangan itu kini berada dalam keadaan kritikal.
Menurut PBB, lelaki itu adalah anggota pasukan hutan dan ekosistem PBB di Jakarta.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!