6 Januari 2016


Seorang jutawan wanita dari Switzerland dianggap sebagai seorang wanita luar biasa selepas dilaporkan mengandung anak kembar pada usia 53 tahun, baru-baru ini.

Menurut laman web Mirror.co.uk, Margarita Louis-Dreyfus yang merupakan Pengerusi sebuah syarikat konglomerat Perancis, Louis Dreyfus Commodities dan pemilik pasukan bola sepak Olympique de Marseille dan balu kepada seorang ahli perniagaan terkenal Perancis, Robert Louis-Dreyfus dijangka bersalin pasangan kembar perempuan pada awal April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikatnya, Margarita yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga Penyeliaan Kumpulan Louis-Dreyfus akan meneruskan tanggungjawab sebagai pengerusi di syarikat berkenaan sehingga bersalin dan akan bercuti buat sementara sebelum kembali bertugas pada akhir April.

Sebelum ini terdapat khabar angin mengenai kehamilan Margarita bersama pasangannya, Philipp Hildebrand, seorang pekerja bank di Switzerland berusia 52 tahun.

Jutawan itu, sebelum ini mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk sepasang anak kembar hasil perkahwinan kedua bersama usahawan Robert Louis-Dreyfus, yang meninggal dunia akibat penyakit leukimia pada 2009.

Majalah Forbes menganggarkan harta kekayaan jutawan itu bernilai AS$7.1 bilion (RM30.8 bilion) pada tahun lalu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!