6 Januari 2016


Pas me­minta Parti Amanah Negara (PAN) melupakan hasrat mereka untuk mengadakan sebarang perundingan atau kerjasama dengan parti itu.

Pada masa sama, Pas turut menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan PAN selain telah menutup segala pintu perbincangan dengan parti serpihan Pas itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan, perbincangan tersebut tidak perlu diadakan kerana PAN sebelum ini pernah membuat perjanjian dengan Pas untuk tidak bertanding dalam pilihan raya di Kelantan.

“Tetapi kalau dia hendak bertanding juga, itu hak dia, kita tidak akan halang meskipun akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Tetapi PAN perlu ingat janji dia dahulu untuk tidak bertanding di Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PAN negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semalam bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan Pas bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar pernah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Pas Kelantan mung­­kin tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sekiranya PAN tetap dengan keputusan untuk bertanding di negeri ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan PAN untuk bertan­ding di negeri ini tidak memberi sebarang faedah, sebaliknya hanya akan memberi ke­lebihan kepada Barisan Nasional (BN).

“Kita tetap dengan pendirian untuk tidak menjalin sebarang hubungan dengan PAN. Kita juga tidak akan menghantar wakil untuk sebarang perbincangan dengan PAN,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!