15 Januari 2016


Rambutan adalah sejenis tanaman serba guna. Semua bahagian dari tanaman ini, kulit, daun, biji, sehinggalah akar, dikatakan mampu digunakan sebagai ubat.

1. Bijinya yang berwarna coklat dikatakan kaya dengan lemak dan minyak ( biasanya asid oleik dan asid eicosanoik) yang bernilai kepada industri, dan digunakan dalam masakan dan penghasilan sabun.

2. Akar rambutan, kulitnya dan daunnya pula mempunyai pelbagai kegunaan dalam penghasilan pewarna dan ubat.

3. Dikatakan biji rambutan mampu digunakan sebagai ramuan bagi mengurangkan lemak badan dan melembutkan kulit muka. Caranya adalah dengan menghancurkan biji ini dan kemudiannya dicampurkan dengan makanan lain sebelum dimakan.

4. Daun pokok rambutan dikatakan mampu digunakan untuk tujuan penjagaan rambut dan mengatasi masalah rambut beruban. Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun dan tumbuk sehingga hancur. Tambah sedikit air dan kacau sehingga rata. Tapis ramuan ini dan kemudian ambil airnya dan sapu kepada kulit kepala. Lakukan setiap hari bagi mendapatkan keputusannya.

5. Kulit buah rambutan dikatakan mampu digunakan untuk tujuan merawat disenteri. Caranya adalah memotong kulit buahnya menjadi kecil-kecil. Kemudian tambahkan tiga gelas air dan rebus ia sehingga menjadi separuh kering. Selepas air ini sejuk, tapis dan minum sebanyak tiga suku gelas air ini dua kali sehari.

6. Biji rambutan yang telah dikeringkan yang kemudiannya telah ditumbuk hancur dan dicampurkan air dikatakan mampu digunakan sebagai ubat bagi merawat diabetes. Penghidap diabetes dikatakan boleh meminum air ramuan ini sebanyak 1 hingga 2 kali sehari.

7. Kulit rambutan yang telah dikeringkan dikatakan mampu digunakan sebagai ubat menyembuhkan demam. Caranya adalah dengan merebus kulit ini di dalam air mendidih selama 15 minit. Selepas airnya sejuk, tapis dan kemudian minumnya tiga kali sehari.

8. Pengambilan buah rambutan dikatakan mampu membantu membunuh parasit dalam usus dan juga mampu melegakan gejala-gejala diarea.

Haaa... ada lagi tak yang tak suka makan rambutan? Ruginyaaa... harap anda boleh menikmati buah rambutan untuk elak pelbagai penyakit yang datang tanpa dijangka!

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!