27 Januari 2016


Sudah sampai masa untuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ‘turun’ dan memberi laluan kepada kepemimpinan baharu menerajui Kedah.

Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Datuk Abdul Rahman Ibrahim berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu perlu menerima hakikat yang beliau kini tidak lagi mendapat kepercayaan daripada orang bawahannya.

“Jika betul 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menandatangani akuan bersumpah sebagai menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, maka langkah terbaik adalah untuk beliau kosongkan jawatan Menteri Besar.

“Walaupun Mukhriz mendapat sokongan daripada rakyat, dari segi politik, beliau tidak lagi me­nerima sokongan di semua peringkat UMNO negeri dan ADUN.

“Mereka adalah wakil di peringkat akar umbi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, berdasarkan senario tersebut, adalah lebih baik untuk Mukhriz meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada kepemimpinan baharu.

“Ini bukan soal ‘turun’ secara bermaruah atau tidak kerana sudah jelas beliau kini tidak lagi menerima sokongan daripada pemimpin UMNO.

“Mungkin beliau juga telah menerima ‘isyarat’ daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO tentang perkara tersebut ketika pertemuan mereka di Langkawi baru-baru ini.

“Jadi beliau perlu terima hakikat,” ujarnya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!