7 Januari 2016


Amaran kepada anggota polis buncit dan mempunyai berat berlebihan berikutan mereka mungkin tidak akan dinaikkan pangkat selepas ini.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Ini sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, syarat berkenaan juga perlu dalam memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!