27 Januari 2016


Seorang pekerja ladang cedera diserang buaya ketika memancing di sebuah kawasan takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di FELDA Sahabat 39, dekat sini, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, warga Indonesia, Sulle Buriah, 37, pekerja ladang kelapa sawit di FELDA Sahabat 39, dikatakan sempat bergelut dengan buaya sepanjang kira-kira dua meter berkenaan sebelum diselamatkan oleh penduduk. 

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa memancing bersama anak lelakinya berusia lapan tahun sebelum secara tiba-tiba reptilia terbabit menyambarnya menyebabkannya terjatuh ke dalam takungan air berkenaan. 

Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39, Shahalin Barahim, beberapa penduduk yang melihat kejadian terbabit bergegas ke lokasi dan menarik keluar mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan buaya berkenaan. 

"Mangsa yang patah tangan dan mengalami kecederaan di paha kanan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi. 

Shahalin berkata, kolam takungan air berkenaan memang dihuni buaya, namun tidak pernah berlaku kes reptilia itu menyerang manusia.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!