21 Januari 2016


Polis Sepanyol pada Rabu memberitahu bahawa mereka sedang menyoal siasat dua pekerja ladang yang melakukan penyeksaan kepada haiwan dengan memijak mati 72 anak babi dan pada masa yang sama membuat rakaman video aksi tersebut.

Pasangan berusia 19 dan 22 tahun dari bandar Huercal Overa juga didakwa menyebarkan rakaman video berkenaan melalui aplikasi Whatsapp, kata pihak polis dalam satu kenyataan.

Dua pekerja itu disiasat kerana didapati melompat dan memijak serta sengaja menjatuhkan diri ke atas atas anak-anak babi berkenaan sewaktu memindahkan haiwan ternakan tersebut.

"Ketika anak-anak babi itu berjalan di laluan pemindahan, mereka telah mengepung haiwan tersebut dengan menutup pintu masuk dan keluar.

"Seorang daripada mereka merakam kejadian itu dengan telefon bimbit, sementara seorang lagi melompat ke dalam laluan yang sesak dengan anak babi tersebut. Berat badannya dan aksi lompatan itu telah membunuh 19 ekor anak babi serta-merta manakala 53 lagi terseksa dengan kecederaan sebelum akhirnya mati juga," ujar kenyataan itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!