14 Januari 2016


Tujuh pelajar tahfiz antara 10 kanak-kanak yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang dalam operasi di sekitar daerah Seberang Prai Utara (SPU) dan Seberang Prai Tengah (SPT), malam tadi. 

Pengarah JKM negeri, Said Sidup, berkata operasi bersama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dan polis itu dilancarkan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan menggunakan kanak-kanak sebagai peminta sedekah di dua daerah itu. 

Katanya, operasi yang bermula petang semalam, hingga tengah malam tadi berjaya menyelamatkan 10 mangsa bawah umur berusia antara 12 hingga 17 tahun yang dipaksa mengutip sedekah. 

"Pelajar pusat tahfiz dari Yan, Kedah ini, ditemui ketika mereka digunakan bagi menjual produk kesihatan dan mengutip derma di beberapa lokasi tumpuan ramai. "Selain itu, enam pengemis dewasa berusia lingkungan 21 hingga 40 tahun termasuk empat warga asing turut diselamatkan," katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!