13 Januari 2016


Terdapat pelbagai cara untuk membalas dendam ke atas bekas kekasih.

Bagaimanapun, seorang gadis di sini memilih cara unik untuk melakukannya.

Wanita yang berasal dari Zhengzhou di wilayah Henan itu memuat naik gambarnya memegang sebuku sabun yang dibuat daripada lemaknya ke Internet. Dia bercadang menghantar sabun itu kepada bekas teman lelakinya.

Dia sebelum ini ditinggalkan lelakinya itu kerana dikatakan gemuk, lapor People’s Daily Online.

Dengan nama samaran ‘Xiao Xiao suka kecantikan dan makanan’, gadis itu mendakwa menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat dengan menjalani penyedutan lemak selepas ditingggalkan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!