6 Januari 2016


Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan diracun ibu saudaranya kerana cemburu dengan ibu kanak-kanak itu disebabkan dia melahirkan anak perempuan.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dari Changde, wilayah Hunan dipercayai menyuapkan raksa dari alat jangka suhu kepada bayi dinamakan Kang Kang itu, lapor People’s Daily Online.

Jangka suhu cuma mempunyai kandungan raksa yang sedikit, iaitu sekitar tiga gram. Ia tidak berbahaya jika ditelan, tetapi menghidunya boleh membawa kepada masalah kesihatan serius.

Kang Kang mendapat rawatan di hospital manakala ibu saudaranya itu menyerah diri ke balai polis, namun tidak jelas sama ada dia sudah didakwa atau dihukum.

Menurut laporan media, Kang Kang sakit ketika majlis perhimpunan keluarga pada 26 Disember lalu, menyebabkan ibu bapanya bingung kerana mereka tidak pernah meninggalkannya bersendirian.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!