29 Januari 2016


AMSTERDAM - Nyanyian nyaring seorang penyanyi opera disalah sangka sebagai jeritan, menyebabkan pihak berkuasa Amsterdam menyerbu masuk rumah penyanyi tersebut, kelmarin.

Menurut laporan CNN, polis bertindak demikian selepas mendapat aduan mengenai keganasan rumah tangga oleh penduduk sekitar.

Kata seorang jiran, satu 'jeritan yang menakutkan' kedengadaran dari rumah penyanyi tersebut.

Serbuan polis mendapati penyanyi lelaki tersebut seorang diri dan menyanyi sambil memakai fon telinga.

Polis bagaimanapun 'hanya ketawa' apabila menyedari keadaan sebenar yang berlaku dan penyanyi tersebut tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!