19 Januari 2016


China: Polis menahan sekumpulan penjenayah terancang di sini yang menyediakan teknologi canggih untuk membantu pelajar menipu dalam peperiksaan.

Menurut NetEase, tangkapan itu dilakukan 13 Januari lalu di Weiyang dan polis menemui sejumlah besar peralatan elektronik yang digunakan untuk membantu memberi jawapan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan.

Antara yang dirampas ialah pemancar radio, kabel kaca yang boleh memainkan rakaman audio dan gadjet yang boleh menerima dan memaparkan teks.

Polis membongkar kegiatan kumpulan itu selepas menemui sebuah kereta dengan antena besar diletakkan di tepi jalan raya.

Selepas menyoal siasat dua suspek di dalam kereta itu, polis menemui tiga pemancar radio, dua walkie-talkie, tujuh telefon bimbit dan beberapa kad bank bersama mereka.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!