19 Januari 2016


Tempoh dua jam sudah cukup menjadi igauan ngeri bagi seorang wanita Argentina yang ditinggalkan secara tidak sengaja oleh suaminya di sebuah stesen minyak di Brazil ketika mereka bercuti di negara ini.

Menurut portal The Telegraph, kejadian itu berlaku di Passo Fundo, baru-baru ini ketika pasangan suami isteri yang hanya dikenali sebagai Walter dan Claudia bersama anak lelaki mereka berusia 14 tahun, singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak ketika menuju pulang ke Argentina.

Sambil menunggu minyak diisi, Walter pergi ke tandas tanpa men­yedari isterinya yang disangka sedang tidur, turut keluar membeli makanan.

Wanita berusia 40 tahun itu terkedu apabila menyedari ditinggalkan oleh suaminya.

Malah anaknya yang duduk di kerusi depan tidak menyedari ‘kehilangan’ ibunya kerana leka bermain telefon bimbit dan Claudia cuba menghubungi suaminya, tetapi gagal kerana liputan komunikasi yang kurang baik.

Claudia meminta bantuan pekerja stesen minyak sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk me­nunggu suaminya.

Sementara itu, Walter hanya menyedari isterinya tiada di dalam kereta selepas memandu sejauh kira-kira 96 kilometer dan berpatah semula ke stesen minyak terbabit.

Dia dimaklumkan oleh pekerja stesen minyak untuk mengambil semula isterinya di balai polis dan Claudia yang tidak dapat menahan kemarahan bertindak menendang kereta mereka.

Seorang anggota polis trafik yang enggan dikenali berkata, wanita terbabit sangat marah dan meminta penjelasan Walter yang mengambil masa lama untuk menyedari kehilangannya.

“Bagaimanapun tiada serangan fizikal, tetapi dia sangat marah kepada suaminya,” kata polis itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!