19 Januari 2016


CHINA. Sebuah ambulans dilaporkan tersekat di penghadang besi bahu jalan selepas laluannya di lorong kecemasan dihalang sebuah kenderaan.

Memetik laporan portal sebuah antarabangsa, laluan ambulans tersebut dihalang oleh kenderaan jenis SUV berwarna hitam yang tiba-tiba memasuki lorong kecemasan ketika kesesakan lalu lintas.

Kejadian tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami pergeseran di bahagian tepi dan belakang.

Imej kenderaan tersebut dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain dan disebarkan menerusi aplikasi media sosial Weibo.

Pemandu kenderaan SUV itu dipercayai cuba mempercepatkan perjalanannya dengan menggunakan lorong kecemasan.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Ambulans tersebut dikatakan kosong tanpa pesakit sewaktu kejadian berlaku.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!