29 Januari 2016


KUALA PILAH 28 Jan. - Seorang suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan suaminya dengan memotong kemaluan warga Pakistan itu di Jempol, minggu lalu.

Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Wanita itu didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Umar Rahman, 44, dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di Jalan Beringin 3, Batu Kikir dekat Jempol pada pukul 1.20 pagi, 20 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan jika didapati bersalah.

Mahkamah menetapkan 22 Februari ini untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Ibu kepada lima orang anak itu dibenarkan bebas oleh mahkamah dengan ikat jamin RM5,000 berserta seorang penjamin.

Dalam kejadian pada 20 Januari lalu, wanita itu bertindak nekad memotong kemaluan suaminya sehingga putus ekoran tidak tahan dengan sikap lelaki terbabit yang sering memaksanya melakukan seks ganas.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Jempol sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menyambung semula kemaluannya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!